Monday, 8 July 2013

Thursday, 9 May 2013

Musim Imtihan :)

Musim imtihan telah tiba,
Mari berusaha sama-sama,
Kearah yang lebih berjaya,
Di dunia dan akhirat sana.


Allah Tahu yang Terbaik!


Kadang kala kita lupa
Yang kita hidup ni kerana Dia.

Kadang kala kita lupa
Yang kita buat apa-apa juga kerana Dia.

Kadang kala juga kita terlupa
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.




Jangan merungut apa-apa
Jangan omel apa-apa

Ikhlaskan hati
Redhakan jiwa

Yakin, dengan janji Allah!
Allah Maha Kuasa <3



(¯`*•.¸♥ "Peliharalah Akhlakmu,
Kerana Ia Sumber Kecantikanmu✿ ܓ

✿ ܓPeliharalah Agamamu,
Kerana Ia Adalah Peganganmu✿ ܓ

✿ ܓPeliharalah Amalmu
Kerana ia Adalah Pakaian Ukhrawimu✿ ܓ

✿ ܓDan Peliharalah Lisanmu,
Kerana Ia Adalah Hatimu✿ ܓ

✿ ܓYang Menentukan
Baik Dan Buruk Dirimu ".♥¸.•*´¯)

Saturday, 6 April 2013

Dia yang Menawan Hati :)

He who that make my heart beating fast... always make my lips smile... 

My Sweet Little Boy... 
only see your face make all my miss gone...
only see your act make my lips smile...
only hear your voice make my heart beat so fast...



That was went you say "Allahuakbar!"
Your hand always like that when we see you...
While you mouth talk something that I can't translate :)

By the ways, so hard to make he smile...
Only his Abah and Ibu just can... 
His Abah only call his full name...
When we call with the full name, it's not working!
Frust! Frust! Frust!
(Behave)

We only spent time less than 2 hours...
and almost 100 picture that only you we takes...
Until your Ibu says, 'Alif is dangerous!'

That was said is right.
You make someone glued to see you.
Whom is see your will always remember you.
Like me >^_^<
 
He always do like this.
But look sweet :)

 He so cute!
He so adorable!
He so hansome!
A important thing... He is very soleh! 


To my dear Muhammad Alif bin Zahari... 
That was success to stand without help...
May Allah bless you...
Be a good son and to future siblings... (now he the only child in his family) 
Be a good Muslim...
Be a good ummah...
 Be a good 'hamba' to Allah...
Amin :)

 > return to Allah when you can't hang on <

Friday, 8 March 2013

Experience

It's real when people say, the experience was the best way to give meaning of the life.

Ia mengajar kita tentang segala rasa.  
Dengan itu, kita boleh melakukan sesuatu itu
 dengan cekap dan kemas.



But sometimes when it arrive, we feel lose...
Morever, when we have to face with diffcult's time.
We feel we don't have something to depend.

Maybe will we just say
"Enough! I just want to give up."
or
"Ridiculous. Why I have to bother with this?"

Please, hear me.
When this situation happen to you, 
Please... back to Him, okay?
Allah is the ONLY one that always be there for you.



Because Allah loves us :)

All what that Him give to you is 'ujian'... examination...
We have to take care of.
All this will be ask in the another world.
Padang Mahsyar.




Alif yang Soleh


Here him came again!!!




Wah!!! Miss him badly. 

Semoga Muhammad Alif sentiasa sihat dan 
selalu ada didalam lindungan Allah, amin.

Sekarang Alif sudah makin membesar, dan semakin soleh. Biarpun kita jarang berjumpa, tapi sayangnya pada Alif makin meningkat-ningat dan insyaAllah it never fall down :)

Tak tahulah nak cakap apa kalau 
diri tak jatuh hati dengan budak kecil ni.

Teringat waktu kali terakhir jumpa dengan dia, kebetulan jatuh pada minggu Maulidur Rasul. Dengar orang selawat dekat tv tu, tak pandang dah orang dekat sebelah. Mata tajam duk tengok dekat tv.

Selawat sekali dengan orang di dalam tv. 
Tapi dengan bahasa dia sendirilah.
Comel je tengok. Nak pula masa tu, kurang sihat. 
Demam sikit, tapi masih cergas.
Alhamdulillah.

Muhammad Alif, don't be sick, okay?

Monday, 14 January 2013

Gelagat

Kadang-kadang dia suka buat muka gini...
blur kononnya :)


Tapi Alif nampak sweet bila senyum camni...
nampak keikhlasan dalam senyuman dia (:


# SENYUM ITU SEDEKAH

Thursday, 10 January 2013

Doa Naik Kenderaan

Sama ada sedar atau tidak, 
kita kadang-kadang terlupa untuk menbaca doa naik kenderaan.

 Terlupa ataupun tak tahu?
 Jangan risau, setiap masalah ada jalan keluar.

Di bawah ada doanya... 
Sudah tiba masa untuk mengamalkan ye :)



Hison

Rasulullah S.A.W. bersabda, 
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah.” 
 (Riwayat Sahih Bukhari / Muslim)


Semenjak kecil lagi Ziyad memang suka kuda. 
Kadang-kala kanak-kanak seusianya takut dengan haiwan yang berbadan besar dari dirinya sendiri. 
Alhamdulillah lah kerana ia satu permulaan yang baik buat dirinya.
Semoga Muhammad Thoriq Ziyad terus belajar dengan mendalam tentang menunggang kuda :)



Ada kelebihan dalam menunggang kuda sebenarnya... iaitu :-

  • Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
  • Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
  • Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
  • Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.



  • Dan baginda bersabda:
    “Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi kebutuhannya." 
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Solat

    Seperti di dalam nasyid Huda -Suruhlah Anak Bersembanhyang...

    Sembahyang Itu Tiang Agama
    Ia Mesti Dilaksana
    Kerana Ia Rukun Islam
    Tidak Boleh Diabaikan

    Fardhu Sembahyang Limalah Waktu
    Tidak Boleh Ditunda
    Siang Dan Malam Sudahlah Tentu
    Di Mana Saja Kita Berada


    Didiklah mereka sedari mereka kecil. 
    Bak kata pepatah lunturlah buluh dari rebungnya.


        
    around 8 Month (2011)

    Pasti kita tahu kan apakah maksud 'Bagaimana acuan begitulah kuihnya'. 
    Bagi yang tidak tahu, Bagaimana acuan begitulah kuihnya ialah bagaimana kita mendidik seseorang itu, begitulah hasilnya. 

    Dalam konteks ini, ajarilah anak-anak perkara-perkara yang mulia agar mereka dapat membentuk peribadi yang mulia, malahan terus menjadi ummah yang teguh imannya sejak kecil lagi.

    Dengan iman yang teguh, akhlak yang mulia ini agak sukar untuk ditumbangkan dengan arus moden pada zaman kini. Ia akan menjadi benteng yang kukuh sekukuh Tembok China.


     
    2 Year 3 Month (2013)

    Anak-anak inilah yang akan menjadi habuan kita di akhirat kelak. Andai kita telah menjalankan dengan sempurna tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, InsyaAllah mereka juga akan menjalankan tanggungjawab mereka pula sebagai anak dengan sempurna.

    Anak-anak boleh menyelamatkan kita daripada azab kubur.... itupun kalau kita mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna.

    Seperti yang kita sedia maklum, 
    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."  
      (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


    “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”.  
    (Surah Al-Hasyr ayat 10)

    Amin.

    Mulanya Detik Mentarbiah

    Tarbiahlah anak-anak sejak mereka di awal usia. 
    Ajarilah mereka tentang Allah, Rasulullah S.A.W. dan ajarilah mereka tentang Islam.

    Setiap langkah yang tabah melangkah dimulakan dengan merangkak dahulu.

    Ajarilah mereka sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. agar mereka lebih mengenali Rasulullah S.A.W.


    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
    “Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanya lah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

    (Hadis riwayat Muslim dan Baihaqi)




    Ajarilah mereka tentang Al-Quran dimana ia adalah surat cinta dari Allah yang Maha Esa. Terjawap segalanya didalam Al-Quran. 



    Ajarilah mereka dengan penuh kesabaran. Kerana sesungguhnya...

    "Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa."[Hadis riwayat Bukhari]






    "Barang siapa yang membaca Al-Quran, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, 'Mengapa kami dipakaikan jubah ini?' Dijawab, 'Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al-Quran.'" (Riwayat al-Hakim) 




    # Semuanya bermula dari langkah yang kecil >^_^<