Seperti di dalam nasyid Huda -Suruhlah Anak Bersembanhyang...
Sembahyang Itu Tiang Agama
Ia Mesti Dilaksana
Kerana Ia Rukun Islam
Tidak Boleh Diabaikan
Fardhu Sembahyang Limalah Waktu
Tidak Boleh Ditunda
Siang Dan Malam Sudahlah Tentu
Di Mana Saja Kita Berada
Didiklah mereka sedari mereka kecil.
Bak kata pepatah lunturlah buluh dari rebungnya.
around 8 Month (2011)
Pasti kita tahu kan apakah maksud 'Bagaimana acuan begitulah kuihnya'.
Bagi yang tidak tahu, Bagaimana acuan begitulah kuihnya ialah bagaimana kita mendidik seseorang itu, begitulah hasilnya.
Dalam konteks ini, ajarilah anak-anak perkara-perkara yang mulia agar mereka dapat membentuk peribadi yang mulia, malahan terus menjadi ummah yang teguh imannya sejak kecil lagi.
Dengan iman yang teguh, akhlak yang mulia ini agak sukar untuk ditumbangkan dengan arus moden pada zaman kini. Ia akan menjadi benteng yang kukuh sekukuh Tembok China.
2 Year 3 Month (2013)
Anak-anak inilah yang akan menjadi habuan kita di akhirat kelak. Andai kita telah menjalankan dengan sempurna tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, InsyaAllah mereka juga akan menjalankan tanggungjawab mereka pula sebagai anak dengan sempurna.
Anak-anak boleh menyelamatkan kita daripada azab kubur.... itupun kalau kita mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna.
Seperti yang kita sedia maklum,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”.
(Surah Al-Hasyr ayat 10)
Amin.